Friday, May 21, 2010

dimana ada aku...di c2 ada DIA..

aq selalu berharap agar Dia sentiasa ada di sisiku dikala aq susah dan senang...x sekali2 menharapkan seseowg jejaka yg yg di agung2kan oleh owg lain...Bagiku cukupla sekadar Dia yg bertahta di hati n family n kwn2 ku....nie statement tanda protes bab kawan dok asyik2 ingat benda cinta cintun yg bagiku...x perlu di cari kerana Dia telah menentukan pasangan setiap manusia....

Wednesday, May 19, 2010

nie kisah pasal aq n sikit pasal owg lain....hehehe

nie aq masa baby....hehehe....comel tak???angkat bakul dulu..
masa kecik nie nurse bagi nama yg agak lucu...dowg cakap aq nie tahan
banting...gelar aq ngan nama kayu kat twu...sejenis kayu yg kuat....
selalunya kayu nie jadi tiang tok setiop rumah...hahaha....tp nama aq
mmg pelik pon...

yg nie masa form 4...wat trip kat kk...cari aq kat mana???
lawatan dekat uitm kk...time nie sumpah seranah x nak belajar kat
uitm nie..masa nie...mmg x de niat langsung nak sambung kat
uitm,...Tp Allah maha berkuasa..Dia bagi kat uitm...amik ko
masa dpt tu lepas stpm.....kecewa giler...x nak g belajar tyme 2..
tp last2 g jugak.....rupanya ada hikmah d sebalik apa yg berlaku..
moral of da story....jgn ckp x suka or x nak kepada sesuatu benda...
nanti apa yg kita x nak 2 akan kena kat kita....anggapla apa yg berlaku
tu ada hikmah disebaliknya...


yg nie bila pemotong rumput n perompak panjat gunung..
Baju time nie over sikit....Al maklumlah mmg x biasa ngan
cuaca sejuk.....windu ngan angin bayu nie.....that y nama
sabah...Sabah di bawa bayu......(form 6 lower)

imbau kembali zaman muda mudi nie yer...skrank nie zaman
apa pulak???hehehe....tyme nie kaki terseliuh masa main bola jaring..
muka time mmg plastik lah tok senyum....time masuk kali ke-3 kut
terseliuh lepas main bola jaring.....pastu da kurangkan main bola jaring..
doctor ckp x baik tok kaki kalu terseliuh selalu....( form 6 upper)

* tlg abaikan gambar laki yg sesat kat dlm gambar nie yer..
nie half drp dak klas aq...ari convo kitaowg..sowi sally gambar ko x
masuk pulak....setengah drp badan ko jer...hehehehe...kalah artis time..
tengoklah mata kat mane jer dowg tgk...almaklumlar byk kamera...

Tuesday, May 18, 2010

kecik2 lagi dah terima ujian.....


MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my . Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala .
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim .



Monday, May 17, 2010

Aku & dowg.....


nie dowg....
yg dok satu umah dengan aq...umah no.4 tp hanya aq saja yg suka termenung & aq sahaja yg suka menanam apa2 sahaja dekat tanah kat umah sewa yg secipot...hahaha...aq yg pelik kdg2...dan aq sendiri pon kdg2 x paham ngan diri aq...wawawawaaawa

nie pon sama gak...dowg2x..nie dak klas aq masa g cameron....yg dok tgh2 tu lia...dia seorang shaja yg berdiri yer...harap maklum....expose kepada owg ramai....
" lia ko nie mencapap pulak kat pic nie...potong line tol...aq baru nak jd popular sikit!!!!tp apakan daya bila aq yg berada d tgh2 di apit oleh sumandak2 membuat aq x tertonjol......ishhh geram2x














Nie aq......yg suka termenung..nanti aq update tentang aq???? sampai suma jenis gmbr yg x fokus kat tgh2 aq x suka...kakakaka