Thursday, April 21, 2011

Morning suma!!!

Assalamuailaikum cik2x kiah sekalian alam,

Awal tak sy berblogging......dtg nie aaaaaaaahhhhh nak kemas umah yg dah berhabuk....
kowg pon bangun la...matahari dah naik dah oi cik kiah.......pi la wat breakfast ker?? kemas apa yg patut.....dah2x la tu wat taik mata...pi kemas blog...

rajin tak aq??? rajin tak???

ceh.....sebenarnya kan!!! kat opis cik nie fb dah kena block da...menci la...drp pandang dinding baik kita g melawat zoo..nak tak????

kita naik trem dulu yer..cik x larat nak pusing satu zoo...hehehe

sama x muka kami??hehehe...xde la...dlm citer kartun...gambar pony comel jer
tp in real ...x comel mana pon...hukhuk!!!

aq terpaksa memanjat bukit sebab dowg nie la...x nak balik selagi
x tgk gajah nie haaaaa!!!suma dowg nak tgk..penat den....

akhir sekali dpt jugak berjumpa ngan lebih dekat ngan binatang
nie....hahahaha.....baru adik2x sy lega lepas jumpa binatang nie..kakka

Best tak sarapan pagi kita ari nie?? yer adik2x suma telah di jamukan ngan melawat zoo melaka yer....hahahahaha...best jugak sekali sekala g zoo...Al maklumla x kan kita nak bela gajah kat umah kan jd our pet.....hahahahaha (^_^)...comel jugak gajah nie.....

ok!!!hampir terlupa.....kawasan ni b'tempat di zoo Melaka yer...sila la berkunjung di sana...
nanti sy update lagi gambar seterusnya....' bgn yg kecik yer...pd zaman portugis ok!!!..." percutian yg murah akan di papar dlm blog sy.....selamat bercuti suma ( aduh!!!!aq tgh struggle exam nie....cit...wish me luck!!!)





Tuesday, December 21, 2010

Hari ke-2 d kuching

hmmmmm...hari kedua besh sikit...biasa lah ari sabtu katakan!!!
kitaowg g pasar satok..sri nie g mana nama pasar pon leh dikatakan gila sikit...ikutkan hati suma makanan nak tapau bawa balik...ok fine..kat sini kami beli ikan terubuk masin...nasib baik bawa local punya guide xde lah kena tipu...hehehehe....

makan mee kolok kat sini sedap....nama apa ntah restaurant tu...betui x tipu punya...hehehe...



Pastu jalan sekitar pasar satok..pasar nie sampai malam kul 10 mlm..tp kalu ikan terubuk tu sekejap jer.....yg ari2 punya penjual ikan terubuk pon ader kat blkg sikit...berebut2 owg nie tau...time 2 feel2 wah popular yg aq menjadi rebutan...uweks!!!...last pilih kat depan jer sebab pening jd rebutan nie...




rupa aq yg dah kepenatan dekat pasar satok sambil mata dah pusing2x....

segalanya berakhir bila akak sri call dia dah sampai dr hujung borneo ke hujung borneo...gila kakak aq ni tau....x syg buntut n pinggang betul la...kalu srila mau nya nangis sebab x tahan duduk kat keta lama2x...sampai lah nie aq x percaya dowg naik keta dr tawau ( sabah ) ke kuching (swk)...kalu ader highway mcm dekat semenanjung ni leh lah jugak percaya..uhuks....

Ari ke tiga...ari terkhir kawan sy bawa pegi annah rais long house tp serius dowg nie cekik owg betul lah...everthing nak kena bayar...nasib aq x masuk....akak sri masuk bayar rm 8....n then sempat jugak lah mandi kat hotsping dia pon masuk kena bayar rm 3 kut..see cekik darah betul sedangkan hotspring tu still underconstruction.....x paham2x...tp xper...bagi yg nak mandi dekat hotspring baik mandi kat tempat x berbayar selamat jugak + lagi bersih tau!!!



nie lah rupa hotspring tp sgt natural ok!!!hehehe...

Wednesday, December 15, 2010

Guideline to Kuching

hai suma...nie meh cik limah nak stoly sikit pasai kuching nie...alah bukan kucing yg miow....tu....ni kuching tempat la uols.....

Bagi yg x pena g...pegilar yer....jauh perjalanan lagi banyak duit hampah suma habes.....hehehe...nasib baik aq nie jenis yg bajet sikit...so mmg sakit otakla kawan sy kalu x grab airasia punya promotion...kalu ble dia nak jer sapu suma...dia x pedulu ada duit ker tak...janji dia happy...

Start ari first ( 10/12)- ok selamat landing dekat kuching tp serius takut sebab pilot tu bawa agak x smooth la....nasib baik sampai kuching..sampai jer kwn sri sibok dok nak que kaunter dia nyampah...aq punya lah nak feel lupa pasal keja...tup2 dia duk kat tgh airport tu buka laptop..que kaunter dia...aish ko mmg bakal jd pemain tegar saham ....aduhai.....

so ari first kawan amik....g directly pegi handle hotel..sampai hotel tu...agak scary....takut pon ada...nak cancel tp dah booked...nak kuar nanti kena charge tanpa duk kat ctu...nak tak nak duk jer la...nie rupa hotel yg kami duk....



cam kakak aq pon takut juga at first...masuk dlm dia ckp ngan kwn dia lagu ni " bie!!!!!luar setinggan dlm kondominium..dmna ko mau cari??"hahaha lawak...mcm tu jgk la first impression aq.....

banyak tempak kat kuching kalu nak g...first tu g la kg gerisik tempat jual kek lapis....kami ikut laluan kereta g sana...tp kalu naik perahu melalu waterfront jer pon lagi jimat...bayar rm 0.50 jer u....pastu kami g kg melayu segala, jalan kat waterfront

perahu nie bayar lima posen jer kalu nak g kg melayu...sana ada kilang kek lapis tau!!!


nie lah kedai kek lapis tu...nama dia "dayang salhah" tp serius sy x seberapa suka kat sini sebab production dah mass production so rasa dia x sedap sikit...so suka kat luar dekat jeti ada gerai kecik
nie sebelum nak beli leh testing dulu...tp ada owg tu bukan lagi testing tp melantak...hahahaha

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.


Sunday, November 28, 2010

sekali lagi

salam, lama nya aq x jenguk blog...entah la bila last update...bukan apa busy banget baru2 nie memandang aq kena berdepan ngan final xm....bayangkan jer bangun pagi n then balik sampai tgh mlm....plus kepala yg teramat sakit sebab banyak membaca n banyak menghafal..time nie uolss kepala sgt sakit..n kalu lah kepala aq leh bercakap...dia dah menjerit mintak tlg....ari sabtu n ahad sepatutnya hari untuk merehatkan otak...tp pagi2 kawan dah kejutkan...." sri dah bangun lom, g tak study group...aq tunggu kat library" huhuhuhuhu...dah otak aq kata nak tidur........tp x leh time nie masa sgt2 genting.....sampaikan wat one short study from 8am untill 11pm....wah sakitnya kepala...........AND now!! i'm free for temporary...takpa....atleast otak dpt reedem kembali masa2 tidurku semula...wah!!!bestnya..time kowg nak ajak aq keluar memamg aq berpikir berpuluh2 kali sebab aq nak lebihkan masa tidur.....After xm dah abis nie suma tempat aq nak g...pahang ler, kuching ler, t'ganu la...tp x sedar diri duit tinggal sinonet...mcm mana nie....huhuhuuhu.....

sebabkan xde keja sgt nie...pegila la lawat2 blog yg da lama x follow + time nie rajin tau nak baca research....x caya?? cuba tanya apa jd kat market world kita skrank......?????mesti kowg nak tau jugak kan...skrank nie ireland dah nak bankrpt uols.....sedey kan and now dowg dalam usaha nak bailout money...alah mcm pinjam duit dr IMF...nak capai zero debt la sgt but then still pinjam duit jugak...nie yg membuatkan tempat keja aq sunyi sepi....kalu x...dengar pakcik2 kat scni merapu sebab ada wat duit.....hmmm south korea n north korea pon satu....x habes nak gaduh..tau tak kowg akan menyusahkan satu dunia..x pasal2 sebab kowg nie suma market effect tau.....dah2 la tu...nak jugak berperang..aish....